Baraka Allah

Anda Hendak Berniaga?

RENUNGKANLAH

Mereka yang berfikiran pesimistik melihat kepayahan dalam setiap peluang, manakala mereka yang optimis pula melihat peluang dalam setiap kepayahan. SIR WINSTON CHURCHILL. Terdapat dua bentuk kegagalan. 1. Yang berfikir tetapi tidak melaksanakannya. 2. Yang melaksanakannya tetapi tidak berfikir. LAURENCE J. PETER

I BELIEVE I CAN FLY BY HAFIZ AF7 WITH LYRICS

HAFIZ AF7

I BELIEVE I CAN FLY

Monday, October 19, 2009

Mereka boleh buat,anda pun boleh!

Tiga beranak terima ijazah


Nor Azmi Rahmat bersama Abidah Yahya penerima Sarjana Muda Pendidikan Kepujian Pengurusan Pendidikan dan anak mereka Nurul Syazwani Nor Azmi (tengah) penerima Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Peniagaan (Kewangan) gembira selepas Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Mara di Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM 18 Okt. – Ikatan kekeluargaan yang kuat serta semangat untuk berjaya menjadi pendorong kepada tiga beranak mengecap kejayaan apabila mereka bersama-sama menerima ijazah pada istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-71 di sini hari ini.

Pada majlis itu, Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Rimau, Kota Kemuning, Nor Azmi Rahmat, 47, dan isterinya, Abidah Yahya, 48, pegawai di Bahagian Teknologi Pendidikan Selangor menerima Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengurusan Pendidikan).

Keluarga itu mencatat sejarah tersendiri apabila anak perempuan mereka, Nurul Syazwani, 23, dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan).

Nor Azmi ketika ditemui selepas majlis konvokesyen itu melahirkan rasa syukur dan gembira kerana penat lelah bersama isterinya sejak tiga tahun lalu membuahkan hasil sekali gus menjadi daya pendorong untuk enam anak mereka mencari ilmu sepanjang hayat.

Malah kejayaan hari ini mengimbau kembali ketika kedua-duanya menerima diploma dari Universiti Pertanian Malaysia pada 1985 dan setelah 24 tahun mereka sekali lagi berada pada majlis konvokesyen untuk pencapaian lebih cemerlang.

Nor Azmi yang memperoleh nilai gred purata (CGPA) 3.43 memberitahu, walaupun sibuk mengikuti kelas dan mengulang kaji pelajaran, namun pelajaran enam anak mereka tidak diabaikan.

‘‘Malah seisi keluarga sentiasa memastikan kebajikan dan pencapaian akademik anak-anak tidak terabai.

‘‘Ini dapat dibuktikan apabila anak sulung kami, Nurul Syazwani berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Kewangan) dan kebetulan berkongsi majlis konvokesyen yang sama dengan kami,” katanya.

Bagi Abidah pula yang memperoleh CGPA 3.68, walaupun sudah 21 tahun meninggalkan kehidupan sebagai pelajar universiti selepas tamat Diploma Sains dengan Pendidikan di Universiti Pertanian Malaysia dulu tetapi semangat untuk melanjutkan pelajaran tidak pernah padam.

Namun, disebabkan masa dan tanggungjawab yang perlu dipikul bagi membesarkan enam anak selain tugas sebagai pegawai teknologi pendidikan membuatkan hasrat itu terpaksa ditangguhkan seketika.

‘‘Apabila suami pelawa saya untuk bersama-sama dengannya meneruskan pelajaran, saya tidak berfikir panjang terus bersetuju, kebetulan pula anak-anak sudah besar dan majikan juga memberi galakan,” katanya.

Tambahnya, beliau semakin bersemangat untuk mencapai keputusan terbaik mungkin apabila ibunya sendiri Habibah Awang, 65, memberi sokongan padu dan menggalakkan supaya terus menyambung pelajaran.

Selain tiga beranak itu, majlis konvokesyen hari ketiga yang dibahagikan kepada sidang ketiga dan keempat tersebut turut diraikan oleh ahli keluarga 2,225 graduan lagi.

Semua anugerah disampaikan oleh Pro-Canselor UiTM, Tan Sri Dr. Abdul Rahman Arshad

Friday, October 16, 2009

Saya tidak takut gagal'

SUKAN
'Saya tidak takut gagal'
Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril@kosmo.com.my


DALAM perlumbaan kereta Formula Satu (F1), kejayaan adalah sesuatu yang sangat penting bagi sesebuah pasukan.

Begitupun, prestasi di atas litar lumba pula menjadi penentu kepada masa depan setiap pasukan di mana modal dan sumber pendapatannya banyak bergantung kepada sokongan pihak penaja.

Tidak dinafikan lagi bahawa perlumbaan F1 ialah sukan paling mahal di dunia.

Dengan melibatkan kemajuan teknologi dalam kejuruteraan enjin, aerodinamik dan kepantasan, diiringi dengan strategi berpasukan dan pengurusan yang lancar, maka semua ini sudah pasti memerlukan kos yang besar.

Malah, sukan F1 juga merupakan satu risiko pelaburan yang tinggi bagi sesetengah pasukan, namun perjudian sebenar akan bermula sebaik sahaja jentera F1 sudah bersedia di litar.

Namun, ini semua tidak menjadi halangan bagi Malaysia untuk mengorak selangkah lagi dalam sukan pemotoran antarabangsa.

Dengan mewujudkan sebuah pasukan baru yang dikenali sebagai 1Malaysia F1 Team (1MF1T), reputasi dan imej negara kini semakin gah di mata dunia.

1MF1T ialah pasukan kedua dari Asia (selepas Force India) yang bakal menyertai saingan F1 pada musim 2010.

Sebelum ini Toyota dan Honda merupakan dua kuasa besar yang telah lama menyertai perlumbaan F1 dan berjaya mengukuhkan jenama mereka menerusi sukan ini.

Begitupun, dua gergasi pemotoran di Asia ini telah menarik diri daripada perlumbaan musim depan atas alasan bajet yang semakin sukar ditampung ketika zaman kemerosotan ekonomi global ketika ini.

Justeru, adakah pendatang baru ini, 1MF1T sudah bersedia untuk menangkis segala halangan dan cabaran untuk muncul sebagai sebuah pasukan yang konsisten dalam persaingan perlumbaan F1 setiap musim?

"Saya tidak takut pada kegagalan, mungkin pasukan ini akan gagal pada penampilan pertama tetapi saya tidak takut pada kekalahan," kata ketua pasukan 1MF1T, Datuk Seri Tony Fernandes.

"Inilah mentaliti rakyat Malaysia yang patut kita ubah. Belum turun gelanggang lagi sudah menyerah kalah dan ragu-ragu tentang kemampuan sendiri.

"Kita sepatutnya berbangga kerana dengan hanya memiliki sebuah litar perlumbaan (Litar Antarabangsa Sepang), Malaysia kini sudah mampu membentuk sebuah pasukan F1 sendiri. Ini satu kemajuan yang luar biasa dan amat mengagumkan.

"Ya, mungkin kita akan menduduki tempat terakhir pada perlumbaan musim depan tetapi sekurang-kurangnya kita telah mencuba sesuatu di sini. Saya tidak mahu hanya duduk saja tanpa melakukan sesuatu," kata Tony yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia.

Begitupun, semangat dan keazaman sahaja masih belum cukup untuk melahirkan sebuah pasukan yang cemerlang, apatah lagi untuk mencatat kejayaan dan prestasi yang membangga- kan.

Pasukan Minardi adalah contoh terbaik di mana walaupun mendapat sokongan penaja dan dibekalkan dengan enjin pasukan Ferrari, mereka masih menamatkan saingan di tempat terakhir dalam setiap perlumbaan.

Jelas sekali segala-galanya perlu dilakukan dengan tepat. Pasukan 1MF1T memerlukan jentera yang sesuai, pemandu yang berpengalaman dan juga modal yang besar sekiranya mahu terus kekal dalam sukan ini.

"Sasaran kami ialah untuk menjadi antara yang terbaik di kalangan pasu- kan baru, mungkin di tempat kesembilan atau ke-10, kemudian baru cuba berada di kedudukan pertengahan.

"Kami bukan menyertai perlumbaan ini untuk berada di tempat terakhir. Jadi saya harap dalam masa lima tahun lagi kita mampu mencatat keja- yaan podium.

"Sudah tentu kami akan cuba melaksanakan impian ini dan tidak akan membiarkan reputasi Malaysia terjejas. Begitupun, sekiranya kita terus mengalami kekalahan, kita tiada pili- han selain menarik diri daripada perlumbaan ini," kata Tony lagi.

Idea penubuhan pasukan F1 Malaysia ini mula tercetus apabila ada beberapa individu yang berhajat untuk menghidupkan semula pasukan F1 Lotus yang suatu ketika dahulu pernah melahirkan juara dunia seperti Ayrton Senna, Mika Hakinnen dan Nigel Mansell.

Syarikat pengeluar kereta di Britain itu kini telah menjadi hak milik Proton yang mengambi alih Lotus pada 1994 berikutan bekas pemiliknya, Bugatti diisytiharkan bankrup.

"Semuanya bermula apabila ada beberapa individu mahu menghidupkan semula pasukan Lotus dalam perlumbaan F1 dan setelah mendapat kebenaran daripada Proton, saya dan Datuk Kamarudin Meranun (rakan kongsi) terus memulakannya," kata Tony.

"Apa yang saya boleh katakan ialah semua idea ini berpunca setelah saya melihat ramai peminat sukan di Malaysia memakai jersi pasukan asing seperti Ferrari dan Manchester United. Di mana-mana saja saya pergi orang Malaysia akan memakai jersi pasukan lain selain daripada negara kita.

"Jadi saya rasa semua ini perlu diubah. Alangkah bagus jika kita pergi ke seluruh dunia, kita akan lihat orang lain memakai jersi Malaysia atau pasu- kan negara kita. Kita sepatutnya berbangga dan tunjukkan kepada dunia kebanggaan kita," ujarnya lagi.

Pasukan 1MF1T akan diketuai oleh Tony sendiri yang memegang saham 60 peratus bersama rakan kongsinya, Datuk Kamarudin Meranun manakala baki 40 peratus lagi dipegang oleh SM Nasarudin, anak kepada pengasas Kumpulan Naza, Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin.

Cuma kini satu-satunya cabaran bagi pasukan baru yang akan menggalas nama Malaysia ini ialah mencari penaja untuk menyuntik modal bagi saingan perlumbaan 2010.

Dilaporkan bahawa modal permulaan bagi penyertaan sulung perlumbaan F1 ialah sebanyak RM168 juta dan dijangka kosnya meningkat sehingga RM308 juta bagi semusim.



Selain AirAsia dan Naza Motors yang menjadi antara penaja terbesar, Tony juga tidak menolak kemungkinan untuk mendapatkan tajaan daripada syarikat gergasi negara, Petronas selepas pasukan yang ditaja mereka, BMW Sauber tidak menyertai perlumbaan musim depan.

"Buat masa ini, kita masih lagi cuba menarik minat sebanyak mungkin penaja untuk pasukan ini. Dan ketika ini kami masih dalam perbincangan dengan Petronas untuk memujuk mereka menjadi antara penaja utama kami.

"Apabila BMW Sauber menarik diri tahun depan, Pet- ronas kini tiada pasukan untuk ditaja, jadi mungkin mereka sudi pula menaja kami.

"Kalau boleh biarlah syarikat dari Malaysia yang menyuntik semangat dan modal kepada pasukan kita sendiri. Mungkin pelik sedikit jika pasukan dari Malaysia tidak mendapat tajaan daripada Petronas.

"Malah ada juga beberapa syarikat asing yang menyata- kan kesediaan mereka melabur dalam pasukan ini. Tetapi saya tidak boleh mengumumkan nama pelabur-pelabur ini sekarang, masih belum tiba masanya lagi," ujar Tony lagi.

Perlumbaan F1 juga merupakan satu bisnes yang perlu dilaksanakan dengan betul. Apa yang paling kritikal ialah pemandu dan enjin jentera haruslah memiliki prestasi yang cemerlang.

Dengan menggunakan kejuruteraan enjin Cosworth, Tony memberitahu bahawa sebuah enjin baru pasukan mereka sedang dibina.

"Ketika ini enjin baru jentera kami sedang dibina di Norfolk, pangkalan bagi pengeluar kenderaan Lotus. Semuanya berjalan dengan baik dan saya rasa jika tiada halangan, enjin dan jentera baru 1MF1T akan diuji buat kali pertama di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Februari depan.

"Jika Cosworth menyediakan enjin, Litespeed pula akan menyediakan chasis bagi jentera ini," kata Tony.

Mengenai pemilihan pemandu pula, Tony memberitahu, kini ada enam pemandu yang berada dalam senarai terakhir di mana seorang daripadanya ialah pemandu sensasi GP2 negara, Fairuz Fauzy.

Begitupun, Tony enggan mendedahkan nama lima pemandu lagi yang dikaitkan dengan pasukannya, namun tidak menolak kemungkinan ada di antara mereka merupakan pemandu terkenal dunia.

"Apa yang boleh saya kata- kan ialah Fairuz memang dalam senarai ini. Keutamaan kami sudah tentunya kepada pemandu negara kita. Begitu- pun, tiada guna kita terburu- buru menyenaraikannya jika dia sendiri belum bersedia tetapi saya harap dia sudah bersedia.

"Bagi seorang lagi pemandu pula, saya tidak boleh beritahu siapa. Cukuplah jika saya katakan kita akan mendapatkan khidmat pemandu yang terkenal di dunia supaya mampu menarik minat penaja dan memberi tunjuk ajar kepada pemandu kita.

"Apa pun, semua ini masih belum ditetapkan dan kami akan mengumumkan nama tiga pemandu ini pada November depan," katanya lagi.

Setelah sejarah baru tercipta dengan penubuhan pasukan 1MF1T ini dan penyertaannya pada perlumbaan F1 tahun 2010, maka jangkaan pastinya besar ke atas pasukan ini untuk mencipta kemenangan podium.

Namun ironinya, masih ada yang sangsi tentang kemampuan pendatang baru ini dalam setiap pusingan perlumbaan, apatah lagi untuk terus kekal dalam perlumbaan termahal dunia ini setiap musim.

Namun, Tony yang berjaya mengangkat imej AirAsia menjadi antara syarikat penerbangan paling berjaya di dunia, yakin dengan kemampuannya dalam pasukan yang akan dibantu dengan pengalaman Pengarah Teknikal, Mike Gascoyne yang pernah bersama McLaren, Sauber, Renault dan Toyota.

"Kita tidak akan menyertai F1 sekiranya kita tahu ia tidak akan menguntungkan. Kita sebenarnya boleh menjana keuntungan dalam masa yang panjang dalam sukan F1. Ia satu permulaan yang baik.

"Bagi saya senang saja. Cuba kita ambil contoh bola sepak, untuk memiliki sebuah stadium bertaraf dunia adalah satu perkara mudah tetapi untuk memiliki sebuah pasukan yang akan beraksi pada Piala Dunia, ia bukan perkara senang.

"Begitu juga dengan F1. Kita telah pun memiliki litar berkelas dunia (SIC), jadi mengapa kita tidak boleh memiliki sebuah pasukan F1 yang mampu bersaing dengan pasukan dunia yang lain?

"Percayalah, ia banyak memberi manfaat kepada kita semua, kepada kerajaan dari segi pelancongan, kemajuan teknologi kepada Proton dan mencipta banyak peluang kerja kepada orang kita sendiri.

"Mengapa kita perlu sangsi dan enggan menyokong pasukan yang lahir daripada titik peluh anak Malaysia sendiri. Saya tidak takut kepada kegagalan, cuma apa yang saya bimbang ialah kita sendiri yang menggagalkan impian kita sendiri," kata Tony lagi.

Saturday, July 25, 2009

USAIN BOLT JUARA OLIMPIK

Bolt 'terangi' pemimpin perniagaan


APA pengajaran yang boleh diberikan pemenang tiga pingat emas Olimpik, Usain Bolt, manusia terpantas di dunia, terhadap pemimpin perniagaan masa depan?

Agak mengejutkan, banyak juga. Bintang pecut itu dan jurulatihnya, Glen Mills, berada di Lausanne, Switzerland minggu lalu untuk berkongsi pengalaman, motivasi dan prinsip kejayaan mereka di depan 200 peserta seminar di sebuah sekolah perniagaan IMD.

"Kejayaan bagi saya adalah berterusan melakukan perkara hebat. Saya belum betul-betul berjaya. Bagi saya, saya akan menjadi atlit hebat jika saya mampu melakukan perkara ini saban tahun," katanya pada seminar itu.

Namun ia bukanlah semestinya mengenai memecahkan rekod, Bolt berkata: "Tahap saya adalah kejuaraan, bukan catatan rekod. Saya mahu menjadi legenda. Saya mahu orang berkata saya adalah antara atlit terhebat dalam sukan ini."

Pelari Jamaica berusia 22 tahun itu disertai jurulatihnya yang bagaikan bapanya sendiri, Mills.

"Ya, dia adalah bintang. Tapi apabila kami berada di trek, saya adalah bos," kata Mills, yang menegaskan bahawa Bolt perlu mengekalkan tahap tingginya. "Dia perlu memiliki motivasi untuk mengatasi apa yang dilakukannya sebelum ini. Dia belum memuncak lagi. Dia ada dua tahun lagi sebelum memuncak."

Mills pertama kali menyaksikan Bolt berlari pada kejohanan remaja dunia di Jamaica tujuh tahun lalu.

Di depan penyokong sendiri, Bolt yang berusia 15 tahun ketika itu memenangi acara 200 meter dengan masa 20.61 saat, muncul pelari paling muda memenangi perlumbaan pada kejohanan remaja dunia.

Namun perubahan daripada sekolah tinggi ke era profesional tidak mudah. Bolt mengalami beberapa kegagalan sebagai atlit remaja, terutamanya teknik yang lemah dan kecederaan berulang.

Menarik diri daripada pusingan pertama dalam kemunculan sulungnya pada Sukan Olimpik 2004 kerana kecederaan menimbulkan kritikan di tanah airnya.

Mills mula melatih Bolt pada 2005 dan mengemudi atlit itu daripada seorang yang sering cedera kepada juara Olimpik dalam tempoh dua tahun.

"Perkara pertama yang diberitahunya kepada saya adalah saya perlu kalah sebelum boleh menang," kata pelari pecut itu.

"Ia penting untuk mengajarnya mengenai perjalanan daripada terus kepada destinasi terakhir," kata jurulatih itu.

"Saya seorang yang bersifat realistik. Anda akan menjadi lebih berjaya jika anda bersedia bagi kejayaan dan kegagalan," katanya. "Sesetengah jurulatih hanya bercakap mengenai kejayaan. Tapi jika anda bersedia bagi segala keadaan, maka anda akan mampu menangani semua keadaan dengan lebih baik."

Profesor IMD, John Weeks berasakan pelari pecut Jamaica itu memberikan banyak pengajaran buat ahli perniagaan masa kini.

"Mencapai tahap yang dimiliki Bolt memerlukan motivasi, pemikiran kritikal dan fokus. Malah lebih penting, ia memerlukan seseorang mengubah kegagalan terdahulu kepada kelebihan, mengubah kekurangan kepada kekuatan dan mengembangkan motivasi yang diperlukan oleh seorang juara dunia," katanya.

Pakar perunding Fabio Antonello bersetuju adalah menarik mendengar daripada seseorang yang belajar menerusi masa-masa sukar.

"Dalam dunia hari ini kita perlu mengetepikan ketakutan berdepan kegagalan dan percaya terhadap keupayaan diri sendiri," katanya.

Saturday, July 18, 2009

"HARI INI KITA TOLONG ORANG, ESOK ORANG TOLONG KITA"

"Hari ini kita tolong orang, esok orang tolong kita"

Oleh Hafizahril Hamid

MENYEBUT nama tokoh yang seorang ini pastinya ramai yang mengenali beliau sebagai seorang usahawan Melayu yang sangat berjaya. Kejayaan dan kekayaan beliau ini adalah hasil dari titik peluh sendiri. Ini kerana beliau telah menceburi bidang perniagaan sejak umur belasan tahun lagi.

Hasil kejayaan beliau sekarang banyak didorong oleh semangat untuk memajukan agama, bangsa dan negara. Ini satu usaha murni yang semakin terhakis dalam diri masyarakat. Beliau yang dimaksudkan ialah Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Memang setiap kali bercerita tentang beliau, kita semua tidak boleh mengelak dari berbicara tentang kekayaan yang dimilikinya. Selain itu kehebatan beliau menguruskan pelbagai cabang perniagaan di dalam dan luar negara juga sentiasa meniti bibir orang ramai.

Kenapa beliau sering menjadi tumpuan walaupun terdapat ramai lagi usahawan berjaya di Malaysia? Jawapannya kerana beliau merupakan satu-satunya orang Melayu yang berjaya menduduki senarai 10 orang bilionair di Malaysia, satu kedudukan yang pastinya sangat membanggakan kita semua sebagai orang Melayu.

Menduduki tempat kelapan senarai orang terkaya Malaysia dengan wang tunai dan aset sebanyak AS$1.8 bilion (RM6.5 bilion) pastinya setiap berita dan pergerakan beliau ini akan menjadi perhatian. Namun bagi beliau kekayaan dan kejayaan yang diperoleh bukanlah sesuatu untuk dibanggakan jauh sekali untuk menunjuk-nunjuk.

Beliau lebih gemar mengelak dari menjadi perhatian media, tidak mahu terlalu menonjolkan diri malah senantiasa merendah diri. Itulah keperibadian yang sering ditonjolkan oleh anak kelahiran Alor Setar ini.

Sikap merendah diri, kesederhanaan dan sering bersedekah kepada mereka yang memerlukan sudah sebati dalam diri lelaki berusia 58 tahun ini.

Bagi Syed Mokhtar yang juga penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah 2008, beliau sentiasa mengingati pesanan ibunya, Sharifah Rokiah Syed Abdullah supaya menyumbangkan separuh daripada pendapatannya bagi membantu golongan kurang berkemampuan.

Ujarnya, separuh daripada pendapatan pertama ketika membantu bapanya, Syed Nor Albukhary berniaga lembu sebanyak RM1,500 ketika tahun 60-an telah diserahkan kepada ibunya yang kemudian memintanya mengagihkan wang itu kepada 15 keluarga miskin di Alor Star, Kedah.

Pesanan ibu supaya separuh daripada pendapatan diberikan kepada orang kurang kemampuan telah memberikannya keinsafan.

Malah sampai sekarang, sumbangan kepada 15 keluarga tersebut terus diberikan, kalau yang meninggal dunia diganti dengan orang lain.

"Tuhan sudah memberikan segala nikmat, semuanya saya dah rasa, apa lagi yang kita mahu, maka nikmat itu perlu digunakan bagi faedah kepada orang ramai terutama pelajaran," katanya dalam satu wawancara dengan Mingguan Malaysia tahun lalu.

Panduan

Bagi beliau, pesanan ibunya itu telah dijadikan panduan untuk beliau maju dalam perniagaan namun pada masa yang sama tidak lupa akan asal usul dirinya.

Syed Mokhtar turut menekankan bahawa kejayaan dan kekayaan yang dimiliki bukanlah untuk dirinya sendiri tetapi untuk dikongsikan dengan golongan yang kurang berkemampuan. Ini untuk memberi mereka peluang mendapat ilmu sekali gus mengubah hidup pada masa depan.

Beliau yang berasal dari sebuah keluarga Arab Hadhrami di Yemen dan hidup serba kekurangan ketika kecil telah membuktikan bahawa kemiskinan yang dilalui beliau bukanlah alasan untuk tidak berjaya dalam hidup.

Syarikat Kumpulan Albukhary yang dibangunkan beliau kini aktif dalam beberapa industri utama negara antaranya pengangkutan, logistik, utiliti, automotif, pertahanan, makanan dan perbankan Islam serta kewangan.

Sebagai langkah untuk membantu mereka yang memerlukan, Yayasan Albukhary yang ditubuhkan pada 1996 bagi melakukan kerja-kerja kebajikan kini semakin berkembang sebagai entiti amal global antaranya dengan penubuhan Muzium Kesenian Islam Malaysia dan Program Biasiswa Albukhary.

Yayasan tersebut turut berperanan sebagai sebuah badan kebajikan yang membantu golongan miskin, menyokong perkembangan seni dan budaya Islam dan juga menggalakkan persefahaman antara peradaban.

Antara objektif utama Yayasan al-Bukhary adalah menggalakkan persaudaraan sesama Islam. Yayasan ini terdiri daripada dua buah bahagian. Satu bahagian menjalankan kerja-kerja kebajikan manakala satu bahagian lagi menguruskan penyaluran dana daripada setiap syarikat yang mana Syed Mokhtar ada kepentingan di dalamnya.

Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan. Selain itu juga, yayasan turut membantu membiayai pelajar miskin. Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai pelajar Muslim miskin di serata dunia supaya belajar di Malaysia.

Antara projek terbesar yang berjaya dilakukan ialah pembinaan Kompleks al-Bukhary yang bernilai RM400 juta di Kedah yang siap dibina pada tahun 2004. Kompleks itu dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi warga tua dan pusat pengajian tinggi.

Pihak yayasan juga sedang membina Universiti Antarabangsa Albukhary yang dijangka siap penghujung 2009 sebagai tempat pelajar-pelajar cemerlang kurang berkemampuan itu untuk menyambung pelajaran.

Hasil dari pesanan ibunya juga telah dijadikan panduan untuk beliau turut mengembangkan aktiviti kebajikan kepada masyarakat minoriti Islam yang tertindas dan miskin di luar negara dengan membawa pelajar-pelajar miskin tetapi cerdik untuk menyambung pelajaran di sini.

Setakat ini, seramai 372 orang pelajar dari 47 buah negara minoriti Islam sedang menimba ilmu di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di bawah tajaan Yayasan Albukhary.

Yayasan berkenaan juga menaja umat Islam kurang berkemampuan dari segi kewangan bagi menunaikan ibadah haji serta memberikan bantuan pembinaan masjid-masjid termasuk membiayai projek membaik pulih Masjid Negara di ibu negara.

Selain itu yayasan tersebut telah berjaya menyiapkan Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur yang bernilai RM100 juta. Muzium empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam.

Mendermakan

Yayasan al-Bukhary juga pernah mendermakan sebanyak RM7.75 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, sebuah pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia selain turut membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam menjayakan projek mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah.

Yayasan tersebut juga sering terlibat dalam mengadakan dialog peradaban bagi menggalakkan toleransi dan persefahaman antara masyarakat berbilang agama dan kepercayaan.

Pengalaman Syed Mokhtar membesar tanpa pendidikan tinggi kerana latar belakang keluarga yang serba kekurangan turut mendorong beliau menubuhkan Program Tuisyen Al-Bukhary yang memberikan kelas tuisyen secara percuma. Program tuisyen itu berasaskan iltizamnya untuk melihat pelajar di luar bandar berpeluang mencapai pendidikan tinggi sekali gus membantu mengubah kehidupan.

Menurut beliau, kesempitan hidup ketika zaman kanak-kanak sehingga tidak mampu membayar yuran peperiksaan menyebabkan beliau kini berusaha membantu pelajar-pelajar kurang berkemampuan untuk mendapat peluang pelajaran.

"Saya bersekolah setakat tingkatan lima tapi tak sempat ambil peperiksaan kerana tidak mampu bayar yuran.

"Jadi, mengenangkan dulu tidak ada peluang, bila saya dapat peluang dalam perniagaan saya fikir kena beri peluang pendidikan kepada mereka yang tidak mampu," katanya.

Selain itu, yayasan tersebut turut menyumbang kepada organisasi di luar negara dalam usaha membantu umat Islam yang memerlukan. Hampir RM1 bilion telah diberikan secara langsung kepada usaha kebajikan termasuk menyertai proses membina semula kehidupan pelarian Afghanistan, bantuan mangsa gempa di Pakistan dan Iran serta mangsa bencana tsunami di Aceh, Indonesia.

Selain itu, yayasan tersebut sedang berusaha menubuhkan hospital AIDS di Uganda, membantu kanak-kanak jalanan di Afrika dan merintis program bantuan kemanusiaan bagi mangsa perang di Iraq dan Lebanon selain urut membina 12 buah masjid di serata dunia.

Dalam pada itu penglibatan Yayasan al-Bukhary dalam projek yang dimulakan oleh bukan Islam juga menarik perhatian. Walaupun yayasan tersebut lebih menekankan kepada projek kebajikan yang bercirikan Islam, ia tetap menyumbang kepada projek yang dijalankan oleh organisasi bukan Islam. Contohnya, Yayasan al-Bukhary telah menyumbang sebanyak RM1 juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana untuk menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang berkemampuan.

Bagi Syed Mokhtar, apa yang dilakukan ini semuanya bermula daripada didikan orang tuanya sendiri. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

Prinsip beliau jelas, kekayaan itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Kekayaan hanya dipegangnya untuk sementara sahaja. Bagi beliau, kekayaan ini Tuhan beri kepadanya untuk membantu orang lain.

"Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri.

"Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

"Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain," katanya.

Saturday, May 9, 2009

BERINGAT SEBELUM KENA

Sedap atau sihat

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
norlaila@hmetro.com.my


“BERALIHLAH daripada makanan sedap kepada makanan sihat. Kebanyakan makanan sedap boleh menjadi makanan sihat jika kena caranya iaitu bermula daripada pemilihan bahan, penyediaan, kaedah memasak dan makan. Makanan harian sebenarnya boleh menjadi ubat atau pelindung daripada pelbagai penyakit.

“Banyak individu dan keluarga menderita kerana penyakit. Malah yang menyedihkan ialah, semakin ramai golongan muda menghidap penyakit kronik seperti obesiti, kencing manis, tekanan darah tinggi dan sesetengah jenis kanser, sedangkan ia boleh dicegah melalui penjagaan pemakanan harian,” kata aktivis kesihatan sosial yang juga Pegawai Penyelidikan Pusat Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dr Lim Hin Fui.

Kajian membuktikan banyak penyakit hari ini disebabkan gaya hidup dan tabiat pemakanan tidak sihat. Dianggarkan 15 hingga 25 peratus rakyat Malaysia mungkin mendapat kanser dan setiap jam kira-kira enam orang diserang angin ahmar atau strok.

Lebih 50 peratus golongan dewasa berumur 40 tahun ke atas menghidapi sekurang-kurangnya satu penyakit dan antara penyakit kronik paling lazim ialah kencing manis dan tekanan darah tinggi.

Meskipun jumlah pesakit kronik bertambah setiap tahun, ia belum dapat menimbulkan kesedaran masyarakat untuk berubah kerana ramai menganggap penyakit berbahaya itu hanya berlaku kepada orang lain dan tidak akan menimpa mereka.


Bahkan kita juga bangga dengan budaya menjamu yang semakin kukuh dalam masyarakat kita. Dalam sebarang aktiviti, termasuk perjumpaan mahu pun mesyuarat kecil, pasti dilengkapi dengan makanan; sekurang-kurangnya teh tarik serta kuih muih walaupun ia diadakan sejurus selepas waktu makan tengah hari.

Menurut Dr Lim, makanan mempunyai dua ciri iaitu positif (menyihatkan badan dan memulihkan penyakit) atau negatif (menyebabkan penyakit).

Sama ada membawa faedah atau padah, jangan salahkan makanan kerana kuasa memilih ada di tangan kita dan kita yang bertanggungjawab terhadap tahap kesihatan diri.

Kegemukan adalah hasil pertama daripada amalan pemakanan tidak sihat yang menjadi pencetus kepada pelbagai masalah kesihatan lain kerana mengandungi banyak toksik.

Beliau berpendapat, makanan tidak sihat ini mengandungi banyak bahan toksik yang akhirnya merosakkan badan dengan mengakibatkan masalah obesiti, kencing manis, tekanan darah tinggi, angin ahmar, sakit jantung, kanser dan lemah tulang.

Katanya, penyakit tidak menyerang mendadak tetapi datang perlahan-lahan dalam tiga peringkat iaitu badan menjadi kurang selesa, mengalami gangguan pada bahagian tertentu dan akhirnya menyebabkan masalah pada seluruh badan hinggalah ia disahkan doktor.

Kira-kira 90 peratus masalah kesihatan berpunca daripada makanan yang mengakibatkan sistem pertahanan badan menjadi lemah.

Badan kita membabitkan kira-kira 60 trilion sel kecil termasuk sel darah, lemak, otot dan kulit. Pengumpulan toksik menyebabkan sel ‘demam’ dan akhirnya berlaku pelbagai masalah kesihatan.

Antara sumber bahan toksik ini ialah:


Makanan berasid

Terlalu banyak mengambil ubat moden

Terlalu banyak lemak

Kolesterol

Pencemaran alam sekitar

“Apabila ditimpa penyakit, orang berbeza pendapat. Ada yang menganggap ia disebabkan faktor cuaca atau genetik, daya ketahanan badan yang lemah, tekanan, konflik, kurang bersenam, tidak cukup tidur dan rehat atau pencemaran alam sekitar. Bahkan ada yang menerimanya sebagai takdir, sedangkan kita boleh berusaha mengurangkan risiko mendapat penyakit.

“Banyak jenis makanan boleh dikaitkan dengan penyakit, umpamanya makanan berlemak dan kolesterol tinggi menyebabkan penyakit jantung dan strok, manakala makanan mengandungi banyak garam boleh merangsang kenaikan tekanan darah yang akhirnya membawa kepada pelbagai masalah lain,” katanya ketika menyampaikan ceramah sempena sambutan Bulan Kesihatan anjuran FRIM.



Formula untuk sihat

Untuk menjadi sihat, Dr Lim menyarankan enam panduan iaitu:

Bertukar kepada jenis makanan yang menyihatkan

Buat perubahan secara perlahan-lahan; satu persatu

Fahami kesan detoksifikasi (penyingkiran toksik dari badan)

Laksanakan amalan pemakanan yang baru ini dengan yakin

Mulakan bersenam

Kuatkan pegangan rohani (keagamaan)

Untuk sihat, pemakanan kita harus mengandungi 80 peratus makanan bersifat alkali dan 20 peratus lagi makanan bersifat asid bagi meningkatkan daya ketahanan badan. Namun apa yang berlaku kini adalah sebaliknya iaitu 80 peratus makanan bersifat asid dan hanya 20 peratus makanan beralkali.

“Semua makanan yang dihadam dipecahkan kepada partikel kecil yang boleh bersifat asid, alkali atau neutral. Ia bergantung kepada kandungan galian di dalam makanan berkenaan.

“Individu yang mengambil banyak makanan bersifat asid lebih mudah jatuh sakit berbanding individu yang melebihkan makanan beralkali,” katanya.

Komposisi makanan yang disarankan ialah 60 peratus sayur-sayuran, 20 peratus buah-buahan, 10 peratus sumber karbohidrat dan 10 peratus lagi protein (lebih baik jika protein tumbuh-tumbuhan).

Walaupun tahu sayur dan buah itu penting, pengambilan serat harian kebanyakan rakyat Malaysia sekitar lima gram sehari. Komposisi ini membolehkan kita mencapai saranan pengambilan serat harian oleh sebanyak 20 gram sehari.



Makanan yang dianggap beralkali:

Sayur-sayuran segar

Buah-buahan segar

Bijirin (milet)

Kekacang dan produk kekacang

Jus buah segar



Makanan yang dianggap berasid:

Bijirin (beras perang, beras putih, gandum, oat)

Daging

Makanan laut

Ayam

Telur

Sayur-sayuran dan buah-buahan awet

Makanan dihasilkan daripada karbohidrat (roti, mi, biskut)

Makanan yang banyak menggunakan gula putih (ais krim, coklat, makanan dalam tin, sos)

Minuman contohnya susu diproses, dadih, kopi, minuman ringan dan berkarbonat

Susu dan produk tenusu

Bahan masak (bawang merah dan putih, halia, minyak haiwan dan lada)



Perubatan semula jadi

Bapa pakar perubatan moden, Hippocrates pernah berkata ‘makanan sihat adalah ubat paling baik’. Bagi Dr Lim, kata-kata ini terbukti apabila bapa mentuanya kini disahkan sembuh daripada kanser prostat selepas mereka sekeluarga mengubah corak pemakanan dengan melebihkan makanan beralkali dan mengurangkan semua jenis makanan mengandungi banyak bahan toksik.

Mereka sekeluarga juga lebih berhati-hati ketika memilih sayur di pasar. Pilihan mereka ialah sayur organik kerana kebanyakan sayur yang dijual di pasar menggunakan baja kimia dan racun serangga bagi memastikan ia kelihatan cantik dan bebas daripada dimakan serangga atau ulat.

Katanya, dua bahan ini boleh menambah beban pada badan, terutama hati yang berfungsi sebagai penapis bahan toksik.

Memahami kesan negatif daripada makanan yang dikelaskan sebagai berasid, Dr Lim berkata, secara perlahan-lahan mereka mengeluarkan daging, ayam, telur, makanan dalam tin dan semua makanan sejuk beku berproses daripada menu harian.

Ia digantikan dengan sayur-sayuran dan buah-buahan segar. Dia sekeluarga juga memilih beras perang yang terbukti kaya khasiat dan ada banyak kelebihan berbanding beras putih.

“Menjaga makanan saja tidak cukup kerana perubatan semula jadi memerlukan pendekatan menyeluruh atau holistik yang membabitkan pembersihan badan, ketenangan minda dan rohani.

“Biasanya pendekatan holistik diambil apabila ubat moden tidak lagi berkesan atau tidak mahu mendapat kesan sampingan ubat moden. Namun kebanyakan orang menggabungkan rawatan moden dan tradisional.

“Pendekatan agama seperti bersembahyang juga penting untuk menenangkan fikiran dan jiwa. Ia secara tidak langsung mengurangkan tekanan dan meningkatkan tahap kesihatan seseorang,” katanya.



Kenali kesan detoksifikasi

Selepas tempoh tertentu mengamalkan pemakanan sihat, anda mungkin mengalami kesan detoksifikasi iaitu pengeluaran toksik dari badan. Namun jangan panik kerana ia bukan tanda penyakit, sebaliknya permulaan kepada kesihatan lebih baik.

Detoksifikasi boleh dilakukan dengan mengamalkan pemakanan sihat, minum teh hijau atau herba atau menggunakan kaedah penyingkiran toksik lain.

Menurutnya, kesan dialami mereka sekeluarga termasuk demam, hidung berair, batuk, sembap, perut terasa senak, sakit kepala (sedikit), najis menjadi cair dan badan menyingkirkan banyak lendir atau mukus.

Namun dalam tempoh ini anda tidak digalakkan mengambil ubat moden kerana ubat moden menghentikan proses detoksifikasi.

Sebagai permulaan untuk menyingkir toksik dari badan ialah meminum jus buah atau sayur (bersama seratnya) yang disediakan sendiri di rumah.



Permulaan pemakanan sihat

Dr Lim berkata, pemakanan sihat boleh dilakukan secara perlahan-lahan dan berperingkat. Antara perubahan mudah yang boleh dilakukan ialah:

Makan beras perang menggantikan beras putih. Bukan semua orang boleh menerima rasa beras perang. Jadi, anda boleh memasukkan sedikit (segenggam) beras perang ke dalam beras putih. Tambah kuantiti beras perang selepas satu tempoh tertentu. Kaedah ini bertujuan membiasakan lidah anda sekeluarga dengan rasa beras perang.

Ganti roti putih dengan roti gandum mil penuh (berserat)

Guna garam laut untuk menggantikan garam putih

Guna gula perang, madu atau molases bagi menggantikan gula putih. Gula putih dikatakan antara penyebab utama yang boleh melemahkan daya ketahanan badan.

Elak penggunaan monosodium glutamat (MSG)

Kurangkan penggunaan sos soya dan sebarang sos lain kerana ia mengandungi banyak garam

Kurangkan pengambilan daging, ayam dan telur; lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan segar. Ini kerana ayam dan daging mengandungi terlalu banyak protein dan lemak. Ayam pula mengandungi banyak antibiotik dan hormon pembesaran supaya anak ayam yang diternak boleh dipasarkan dalam tempoh 32 hari saja!

Hentikan mengambil makanan yang mempunyai pewarna dan perasa tiruan

“Orang Melayu sangat beruntung kerana secara tradisionalnya mereka mengambil banyak ulam. Ulam sangat baik kerana ia bukan saja kaya vitamin dan mineral (kalsium, fosforus, zat besi dan kalium) tetapi ia juga mengandungi antioksidan untuk melawan kesan radikal bebas yang merosakkan sel.

“Antara ulam yang kaya antioksidan ialah pegaga, selom dan ulam raja yang murah dan mudah diperoleh. Ia juga mengandungi enzim untuk menyihatkan sel.

“Selain itu banyak jenis sayur-sayuran kampung dan herba yang boleh membantu meningkatkan kesihatan seperti misai kucing, bunga kantan, daun kari, gajus dan jantung pisang.

“Amalan ini menjadikan kami sekeluarga jarang sakit dan tanpa disedari, berat badan kami turun perlahan-lahan tanpa perlu berdiet atau mengambil ubat. Lebih penting, ayah mentua saya sembuh walaupun tidak menjalani rawatan kemoterapi,” katanya.



Cari langkah pertama

Kita tidak perlu menjadi vegetarian, sebaliknya lakukan apa yang anda mampu untuk meningkatkan kesihatan. Anda masih boleh mengambil makanan kegemaran tetapi kurangkan kuantitinya dan lebihkan sayur dan buah. Selain itu ambil langkah pertama yang sesuai dengan anda seperti:

Minum jus buah atau sayur sekurang-kurangnya segelas sehari. Sebaiknya sediakan jus tanpa gula, jika mahu masukkan gula perang atau madu

Guna beras perang (campurkan segenggam beras perang setiap kali anda masak nasi. Ini untuk membiasakan lidah menerima rasa beras perang sebelum beralih sepenuhnya kepada beras perang)

Kurangkan penggunaan sos, kicap, garam dan gula dalam masakan; gantikan dengan rempah dan herba

Kurangkan daging, ayam dan telur

Kurangkan makanan bergoreng dan berlemak

Guna kaedah memasak yang lebih sihat seperti mereneh, kukus atau bakar berbanding goreng

Gantikan roti putih dengan roti gandum mil penuh (berserat)

Makan buah-buahan sebagai pembuka selera atau pencuci mulut. Hidangkan ia selepas makan bersama keluarga untuk membiasakan anak dengan corak pemakanan ini

Jadikan buah-buahan sebagai snek

Jadikan ulam atau sayur-sayuran sebagai bahan yang wajib ada dalam pinggan anda setiap kali makan

KISAH DAN TELADAN

TELUR PECAH CETUS KEINSAFAN



Jemaah VIP terima padah akibat tidak bayar zakat, suka ambil harta orang

SEMUA bakal jemaah haji dikehendaki menghadiri kursus terlebih dahulu bagi memudahkan mereka melaksanakan amalan di Tanah Suci dengan lengkap dan sempurna. Mudah-mudahan mereka mendapat haji mabrur.

Bagaimanapun pasangan jemaah VIP bergelar Datuk dan Datin ini enggan mengikuti sebarang kursus. Mereka beranggapan pengalaman mereka sering melawat ke luar Negara sudah mencukupi sebagai panduan ke Mekah dan Madinah nanti.

Pasangan VIP ini berasakan gelaran Datuk dan Datin yang diterima itu meletakkan mereka pada taraf lebih tinggi berbanding jemaah lain.

“Sudah berbuih mulut saya menasihatinya Datuk dan Datin agar mengikut kursus haji yang diatur oleh Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd, tetapi pasangan VIP itu tetap berdegil enggan mengikuti kurus,” kata Ustaz Daud.

Sebaliknya, pasangan VIP itu berkata; “Saya sudah banyak kali keluar negara, saya rasa tidak ada masalah bila ke Mekah walaupun tidak mengikut sebarang kursus haji.

Sebaik saja menjejakkan kaki di bumi Mekah pasangan VIP ini mula buat hal. Mereka bukan sahaja mahu ditempatkan di hotel lima bintyang, malah tidak mahu berkongsi bilik dengan jemaah lain.

“Saya dan isteri tidak biasa menetap di hotel kecil macam ini,” kata suami jemaah VIP itu.

“Kami tidak selesa tinggal sebilik beramai-ramai kerana keadaan itu amat merimaskan,” ujar isterinya pula.

Sepatutnya, pasangan itu tidak boleh tinggal berdua-duaan di hotel kerana ditakuti berlaku perkara yang boleh membatalkan haji. Maklumlah, banyak pantang-larang sepanjang mengerjakan haji.

Lagipun tujuan mereka ke Mekah untuk beribadah, bukan untuk berseronok-seronok.

Nak dijadikan cerita, si suami teringin menikmati telur separuh masak. Isterinya mencadangkan suaminya keluar beli telur tersebut di kedai berhampiran tempat penginapan mereka.

Di sebuah kedai runcit, si suami bertanya berapa harga sebiji telur dan penjual memberitahu hanya 40 sen sebiji. Tetapi jika beli tiga biji diberi harga satu rial.

Jemaah VIP itu mahu membeli 10 biji. Beliau sepatutnya membayar tiga rial 40 sen. Tetapi dia berkeras mahu bayar tiga rial sahaja.

Namun begitu peniaga tersebut memberinya percuma sebiji telur.

Jemaah VIP pulang dengan perasaan gembira dan dalam fikirannya sudah terbayang keenakan telur separuh masak yang bakal dinikmatinya nanti.

Sewaktu memasuki pintu hotel secara tiba-tiba jemaah VIP itu tersepak permaidani, menyebabkan dia terbabas dan sembilan telur dalam bungkusan di tangannya jatuh dan pecah. Cuma tinggal sebiji sahaja tidak pecah.

“Apalah malang nasib aku, tinggal sebiji saja telur boleh diguna, nak beli lagi di kedai berkenaan telurnya sudah habis.

“Apa aku nak cerita pada isteri nanti. Matilah aku kali ini kena leter dengan isteri,” bisik hati kecilnya.

Tanpa segan silu si suami menceritakan kejadian sebenar kepada isterinya. Sedarlah pasangan jemaah VIP itu apa yang berlaku itu mungkin balasan Allah kepada mereka.

Mereka mula sedar, sepanjang menjalankan perniagaan mereka sering mengambil hak orang lain.

Bukan itu sahaja, pasangan ini juga tidak pernah membayar zakat, malah kadang-kadang mengambil deposit pihak lain terlebih dahulu sebelum melaksanakan sebarang projek.

Kejadian telur pecah itu menyebabkan pasangan Datuk dan Datin itu kempunan menikmati telur separuh masak di Mekah. Bagaimanapun kejadian itu benar-benar memberi keinsafan pada mereka.

Akhirnya pasangan VIP itu insaf di atas perbuatan mereka sebelum ini. Lantas, beliau dan isteri bertaubat nasuha di Masjidilharam dan berjanji sekembalinya ke tanah air kelak, beliau akan melunaskan segala hutangnya.

Keduanya juga berjanji tidak akan mengambil hak orang lain lagi serta berjanji akan datang lagi ke Mekah.



TERMINUM KAHAK JEMAAH PAKISTAN



MANUSIA di sisi Allah adalah sama, kecuali amal ibadat yang membezakan darjat antara sa tu sama lain.

Kisah yang ingin saya kongsi bersama pem baca minggu ini berlaku pada rakan saya se waktu me ngerjakan haji beberapa tahun lalu.

Tujuan saya mendedahkan kisah ini bukan un tuk mengaibkan orang. Sebaliknya un tuk di ja dikan pengajaran agar peristiwa sama ti dak berulang pada jemaah lain yang akan me ngerjakan umrah atau haji pada masa akan da tang.

Sebagai hamba Allah, beliau sepatut nya tidak memperlekehkan jemaah lain dise babkan pe nyakit batuk kering yang dihidapinya.

Biasanya apa yang kita tidak ingini itu akan ber laku ke atas diri kita seperti mana yang dialami rakan saya.

“Harap-harap janganlah aku di tempatkan dengan jemaah miskin. Aku takut mereka bawa macam-macam penyakit, nanti berjangkit pu la kat aku,” ujar beliau de ngan pe rasaan benci dan som bong.

Kata-katanya itu menimbulkan kemarahan rakan je maah yang lain.

“Tak elok awak berkata begitu. Kita datang ke Mekah untuk meng ab dikan diri kepada Allah, tapi awak pu la fikir bukan-bu kan,” kata ra kan nya.

Sewaktu di Padang Arafah, beliau ditem patkan bersama enam je maah lain dalam sebuah khemah ber ban ding khemah lain menempatkan la pan orang.

“Syukurlah, khemah kita cuma enam orang sahaja, tidaklah kita tidur berhimpit-himpit macam ikan sardin,” ujar beliau bangga.

Sewaktu berehat di dalam khemah, be liau ter nampak seorang pegawai Ta bung Haji ber sama seorang jemaah lelaki kurus sedang mengendong bekas membuang kahak di pinggangnya.

Jemaah tua itu kelihatan menuju ke khemahnya.

“Tuan, saya tak mahu lelaki tua itu di tem patkan dalam khemah kami, nanti kami tak selesa,” kata beliau pada pegawai Tabung Haji itu.

Memang dari dulu lagi beliau tidak tahan dengan kahak, se bab itu beliau mem ban tah has rat pegawai Tabung Haji menem pat kan jemaah kurus itu da lam khemahnya.

Ternyata Allah menge ta hui niat setiap hambanya. Apa bila pulang semula ke Me kah dan sebaik selesai solat Zuhur di Masjidil haram, tekak beliau bera sa amat kering sekali.

“Panas betul hari ini, lebih baik aku pergi minum air zam zam dulu bagi hilangkan haus,” bi sik hati beliau.

Disebabkan terlalu dahaga, tanpa disedari beliau telah mencapai gelas sebelah kiri yang telah digunakan oleh jemaah lain. Sepa tut nya beliau ambil gelas baru di sebelah ka nan tong air zam zam yang belum digunakan.

Sewaktu meminum air zam zam itu beliau te rasa sesuatu yang aneh. Airnya agak pekat dan berlendir. Bila beliau lihat gelas itu alangkah terkejutnya beliau rupanya dalam gelas itu berisi kahak berwarna hijau.

Hiii... beliau hampir muntah kerana terlalu geli. Disebabkan tidak puas hati beliau ber tanyakan pada jemaah berdekatan si apa yang meng gunakan gelas itu sebelum ini.

Kebetulan seorang jemaah Pakistan yang sedang tercegat di situ memberitahu dia yang meng gunakan gelas plastik itu. Lebih mem buatkan beliau betul-betul muntah apabila je maah Pa kistan itu mengakui dia seorang peng hidap batuk kering.

Dia mengaku kahak di dalam gelas itu di lu dahkannya kerana tidak ada tempat lain untuk me ludah.

Kali ini beliau betul-betul termuntah apabila men dengar pengakuan jemaah Pakistan itu, tapi apakan daya kerana kahak tu sudahpun masuk ke dalam perutnya.

Barulah beliau sedar apa yang berlaku itu mung kin balasan Allah ke atas dirinya kerana ber mulut celupar serta suka menghina orang se suka hati tanpa mengambil kira perasaan orang berkenaan.

Beliau betul-betul menyesal. Sebagai me nyuci segala dosa dan keterlanjuran yang dilakukan, beliau segera mengerjakan solat tau bat di dalam Masjidilharam. Beliau memohon ke ampunan Allah berserta cucuran air mata.

Di bilik penginapan beliau se gera menemui jemaah tua yang sering beliau hina sebelum itu. Beliau ber janji tidak akan memandang hina pa da jemaah berpenyakit kerana se mua penyakit itu berupa ujian Allah pada setiap hambanya untuk me ngu ji sejauh mana keimanan hambanya.

Friday, May 8, 2009

KEBANGGAAN NEGARA

BANGGA. Dari kiri: Mohd. Khairul Effendi Che Wan, Muhamad Fazrel Ashraf Azizan dan Som Jud Muniandy menunjukkan pingat emas yang dimenangi mereka pada Festival Sains Teknologi dan Alam Sekitar di Universiti Joensuu Finland.


MALAYSIA BOLEH!

Tuah menu sardin dan bilis
Oleh AZELI ALI
mohdazeli.ali@kosmo.com.my

Meskipun makanan masalah utama, delegasi tiga pelajar dan tiga guru Malaysia berjaya menggondol tiga pingat emas pada festival anjuran Environment Online (ENO) menewaskan pelajar dari 80 negara lain.


DELEGASI Malaysia untuk Festival Sains, Teknologi dan Alam Sekitar dari Finland disambut meriah sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

MEREKA hanya makan nasi berlaukkan sardin dan ikan bilis sepanjang berada di Helsinki, Finland.

Namun, itulah yang menjadi pemangkin kepada semangat delegasi tiga pelajar dan tiga guru Malaysia yang mengharumkan nama negara apabila berjaya menggondol tiga pingat emas pada Festival Sains, Teknologi dan Alam Sekitar di Universiti Joensuu, minggu lalu.

Tiga pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Teloi Kanan, Baling itu ialah Mohd. Khairul Effendi Che Wan, 17, Muhamad Fazrel Ashraf Azizan, 15, dan Som Jud a/l Muniandy, 16, serta tiga guru pembimbing yang diketuai S. Kalaimani dari SMK Teloi Kanan, Roslee Abd.Hamid (SK Telok Teduri, Baling) dan S. M Ramesh (SMK Batu Kawan, Pulau Pinang).

Menurut Kalaimani, makanan merupakan masalah utama mereka sepanjang berada di sana, namun mereka bernasib baik kerana dibenarkan memasak makanan di dalam bilik penginapan.

"Selain nasi yang dimasak menggunakan periuk nasi elektrik, sardin dan ikan bilis adalah hidangan utama kami.

"Kadangkala mi segera turut menjadi juadah menggantikan roti sebagai usaha berjimat-cermat memandangkan harga makanan yang mahal," katanya pada sidang media menyambut kepulangan mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) semalam.



Ketibaan pelajar terbabit pada pukul 10 pagi di LTAPP baru-baru ini, disambut dengan bunga manggar dan kain rentang serta muzik nafiri oleh kira-kira 100 pelajar yang datang sejak awal pagi dari Kedah.

Tambah Kalaimani, mungkin sardin dan ikan bilis itulah yang memberi tuah kepada pelajar terbabit untuk mendapat pingat emas dalam festival anjuran Environment Online (ENO) menewaskan pelajar dari 80 negara lain.

Tiga projek yang dibentangkan oleh pelajar terlibat ialah Penanaman Pokok, Perubahan Cuaca dan Kajian Kualiti Air membabitkan penglibatan pelajar di Kuala Gula, Perak.

Projek penanaman pokok bakau yang disasarkan lebih sejuta pokok bakau itu melibatkan kawasan di pesisir Kuala Gula, Perak dan Padang Salim, Kuala Muda, Kedah. Ia merupakan antara kandungan pembentangan kertas kerja tersebut.

Festival yang berlangsung di Arena Joensuu dan disaksikan 2,000 pengunjung itu menawarkan pingat emas kepada peserta yang banyak menyumbang dan mampu memberikan idea, inovasi terbaik dalam aktiviti alam sekitar khususnya di peringkat antarabangsa.

Wakil pelajar, Mohd. Khairul Effendi ketika ditemui berkata, mereka tidak menyangka usaha pemuliharaan alam sekitar mendapat pengiktirafan dunia.


BANGGA. Dari kiri: Mohd. Khairul Effendi Che Wan, Muhamad Fazrel Ashraf Azizan dan Som Jud Muniandy menunjukkan pingat emas yang dimenangi mereka pada Festival Sains Teknologi dan Alam Sekitar di Universiti Joensuu Finland.

Selepas kejayaan itu, gerai yang menempatkan bengkel pelajar Malaysia dikerumuni pengunjung yang mahu mengetahui lebih dekat kertas kerja yang dibentangkan itu.

Lebih membanggakan, penonjolan peserta Malaysia dalam bengkel tersebut dengan memakai pakaian kebangsaan turut mendapat perhatian pengunjung.

Sementara itu, Khairul yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini berkata, beliau bangga dapat menaikkan nama Malaysia di mata dunia dan bersaing bersama pelajar-pelajar lain.

"Kami juga menjadi duta kecil Malaysia kerana turut mempromosikan pelancongan, makanan dan permainan tradisi Malaysia seperti kuih baulu, kuih siput dan maruku serta sepak raga ketika di sana.

"Malah saya berhasrat melanjutkan pelajaran ke Finland sekiranya diberi peluang selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia nanti," ujarnya.

Dalam pada itu, Ketua UMNO Bahagian Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, bagi menghargai sumbangan pelajar-pelajar terbabit, pihaknya akan menganjurkan Hari Alam Sekitar di Baling dan Sik, Kedah Jun ini.

"Antara pengisian sepanjang sebulan itu ialah aktiviti gotong-royong, menanam pokok dan program bersama masyarakat di kedua-dua buah daerah.

"Jadi saya menyeru semua lapisan masyarakat tanpa mengira fahaman politik bersama-sama merealisasikan program tersebut demi kebaikan bersama," jelasnya.

APA ADA DALAM KAABAH?

Apa ada dalam ka'bah ya? Ramai dah tertanya-tanya. Baiklah, di bawah ini disenaraikan antara yang ada dalam ka'bah secara ringkasnya..

1) Wangian yang amat harum, campuran dari kasturi, 'anbar dan 'ud yang digunakan dalam jumlah yang banyak setiap kali Ka'bah dibersihkan dan digunakan sepanjang tahun.

2) Ditutupi lantainya berwarna putih di tengah, sementara hitam di bahagian tepinya, dan menaik ke tepi sehingga setinggi 4 meter, tanpa menyentuh dinding asalnya. Adapun dinding asalnya pula setinggi 5 meter lagi selepas dari dinding tadi, dan ditutup pula dengan kain berwarna hijau atau langsir berwarna ros, dihiasi dengan Ayat Al-Quran yang ditulis dengan perak. Selain itu terdapat juga di lantainya tanda tempat sujud Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam dan juga multazam, di mana beliau melekatkan perut baginda yang mulia serta pipi kanan, lalu mengangkat tangan dan berdoa.

3) Terdapat 3 batang tiang kayu yang diukir dengan begitu cantik, untuk menyokong bumbung. Tingginya lebih kurang 9 meter.

4) Beberapa buah lampu pelita dari tembaga, kaca dan perak yang diukir padanya Ayat suci Al-Quran. Ia wujud sejak zaman Utsmani lagi.

5) Tangga yang dapat dipanjat sampai ke atapnya dibuat dari aluminium dan kristal.

6) Beberapa kepingan batu bekas tinggalan setiap zaman yang ada pembaikpulihan ka'bah.Selain itu kadangkala terdapat alat pengangkut ke atas (man-lift) untuk kerja-kerja pembersihan ka'bah, selain alat-alat untuk membersihkan ka'bah.

Pembersihan ka'bah yang mulia di sebelah dalam pula dilakukan sekali setahun. Pertamanya dibasuh dengan air dan sabun. Kemudian disapukan seluruh dinding dan lantainya dengan wangian dari setiap jenisnya dan dibakar bukhur yang terwangi dan terbaik.

Secara detailnya dapat dirumuskan bahawa:Di dalam Ka`bah terdapat 3 buah tiang yang dibuat daripada kayu dan besarnya kira-kira ½ meter, berwarna merah kekuningan. Menurut sejarahnya, tiang itu dipasang oleh Abdullah bin Zubair r.a. ketika beliau membangun kembali Ka`bah pada generasi yang kesepuluh pada tahun 64-65H, bertepatan dengan 683M.

Lantai Ka`bah adalah marmar putih dan hanya sedikit yang berwarna lain. Dindingnya marmar berwarna, dihiasi dengan ukiran-ukiran dan pahatan yang indah. Bahagian atas Ka`bah ditutup dengan kain sutera berwarna merah mawar, dihiasi dengan tulisan yang dengan benang putih dan bentuk huruf د(dal) atau angka lapan Arab ( yang ertinya “Mahasuci Allah dan Segala Puji Baginya, Mahasuci Allah yang Maha Agung"Di samping itu terdapat bundaran-bundaran yang masing-masing bundaran itu tertulis kata-kata yang ertinya “Wahai yang Maha Penyayang, Wahai yang Maha Kuasa, Wahai yang Banyak KurniaNya, Wahai yang Maha Suci"

Kain penutup atas Ka`bah (sitarah) dibuat pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Aziz Khan pada tahun 1290H. Baik pintu Ka`bah maupun pintu untuk naik ke loteng (sutuh) ditutup dengan kain sutera hitam, disulam dengan benang emas.Diantara 3 tiang besar dipasang kayu penyangga yang melintang dari utara ke selatan, tingginya kira-kira 2/3 tinggi Ka`bah. Di sana digantungkan beberapa kandil, lampu beraneka ragam dan barang-barang berharga, terbuat dari emas dan perak, hadiah yang diterima Ka`bah sejak zaman dahulu yang sudah merupakan hak milik Ka`bah.

Diriwayatkan bahawa tanduk kibasy milik Nabi Ibrahim a.s. pun dulunya disimpan di dalam Ka`bah. Namun kerana Ka`bah pernah mengalami kebakaran iaitu pada hari Sabtu tanggal 3 Rabiul Awal tahun 64H, maka tanduk kibasy itu telah menjadi abu dan sekarang tidak dapat ditemukan lagi. Pada dinding Ka`bah terdapat 7 buah kepingan batu mammar bertulis. Semua tulisan dimulai dengan Bismillahirrahmanirrahim.

Keterangan ringkas mengenai ketujuh marmar itu adalah seperti berikut:

1.Kepingan mammar pertama dibuat pada bulan Rejab tahun 884H atas perintah Sultan Abu Nasher Faitibeik.

2.Kepingan marmar kedua dipasang pada dinding tangga Ka`abah untuk naik ke loteng dalam bentuk lima baik syair, dibuat pada tahun 1109H oleh Ahmad Beik Syeikh al-Haram Makkah.

3.Kepingan mamar ketiga dipasang pada dinding bahagian barat, di buat atas perintah Imam Besar Abu Ja`far al-mansur al-Mustanshir billah Amiril Mu`minin, tahun 629H.

4.Kepingan marmar keempat dipasang di dinding bahagian barat, di samping marmar ketiga, dibuat atas perintah Yusuf bin Umar bin Ali bin Muhammad pada tahun 680H.

5.Kepingan marmar kelima dipasang pada dinding barat, di samping marmar keempat, dibuat atas perintah Sultan Murad Khan bin Sultan Ahmad Khan pada akhir bulan Ramadan tahun 1040H.

6.Kepingan marmar keenam dipasang di samping kepingan marmar kelima, dibuat atas perintah Sultan Muhammad Khan pada tahun 1070H.

7.Kepingan marmar ketujuh dipasang berdampingan dengan kepingan marmar keenam, dibuat atas perintah Sultan Malik Abu el-Nasr Barsibari pada tahun 826H.

Semoga Allah menambahkan kemulian ka'bah dan mengurniakan kita ziarahinya setiap tahun. Amiin..

RAHSIA JUTAWAN MUDA

Rahsia jutawan muda

Oleh Zul Husni Abdul Hamid
zhusni@bharian.com.my


TOMOK sangat akrab dan manja dengan ibunya.

Tomok simpan segala kesukaran ketika mula bertapak dengan kumpulan New Boyz daripada ibunya, Siti Fatimah Harun

SINAR matanya yang redup pada pertemuan petang Rabu lalu menterjemahkan perasaan terharu dan bangga atas pencapaian anak lelakinya yang kini bergelar jutawan muda selepas menjuarai pertandingan realiti, One In A Million (OIAM), seminggu lalu.

Bicaranya pula menumpahkan seluruh rasa kasih dan sayang, tanpa batas dan sempadan terhadap kesungguhan anak yang membahagiakan ibu bapanya menerusi bakat kurniaan Allah.



Tiada pernah Siti Fatimah Harun, 50, menyangka kerja keras anak yang begitu mencintai dunia nyanyian akhirnya dihargai pencinta seni dengan penghargaan yang terlalu tinggi.

Malah katanya, OIAM juga mendedahkan sebuah rahsia yang selama ini tersimpan kemas jauh di sudut hati anak kesayangannya itu.

Hanya selepas menonton OIAM baru Fatimah memahami perit jerih yang terpaksa dilalui Tomok untuk membuktikan kepada peminat bakat besar yang dimilikinya.


KENANGAN ketika zaman kanak-kanak bersama kakaknya, Isma yang kini menyertai AF7.

Tidak sesekali dia menyangka anak lelakinya itu begitu kuat menyimpan rahsia, menyembunyi segala kepedihan hanya untuk menggapai cita-citanya sebagai penyanyi.

Air mata kakitangan Koperasi Bank Islam cawangan Maju Junction, Kuala Lumpur ini, mengalir deras tatkala mendengar luahan Tomok akan kesukaran yang ditempuhinya ketika mula bertapak dengan kumpulan New Boyz.

"Saya tidak pernah tahu dia dibaling batu dan telur ketika mula menyanyi dulu. Tomok tidak pernah bercerita semua itu kepada saya.

"Mungkin sudah menjadi sikapnya, tidak suka menyusahkan sesiapa atau membuat keluarga bimbang. Selalunya setiap kali pulang dari persembahan, Tomok akan berkurung dalam bilik. Tidak pernah dia bersuara atau duduk bercerita mengenai persembahan yang dijayakannya.


AKTIF bermain muzik di sekolah.
"Jika tidak kerana OIAM, saya sendiri tidak tahu begitu sukar laluan Tomok untuk mengejar cita-citanya. Melihat dia menangis, saya turut sama mengalirkan air mata mengenangkan betapa kuat semangatnya untuk berjaya," katanya sebak.

Sesi fotografi yang disusun khas sebagai meraikan sambutan Hari Ibu pada 9 Mei ini juga banyak mengenalkan khalayak siapa sebenar insan yang memiliki nama penuh, Shah Indrawan Ismail, 24, ini.

Tomok di mata Fatimah ialah seorang anak yang bertanggungjawab dan sentiasa mendahulukan kepentingan insan yang disayanginya. Setiap wang hasil menjayakan persembahan bersama New Boyz dulu tidak pernah disorok daripada pengetahuan keluarga.

Bukan bermakna keluarga mengongkong segala perbelanjaan dan kemahuannya, cuma Tomok senang melihat rezeki yang diterima dikongsi bersama keluarga tercinta.

"Rumah tempat kami bernaung ini Tomok yang bayarkan wang pendahuluan. Bapanya cuma menyambung ansuran bulanan. Dia pandai berjimat, jarang boros membeli itu ini walaupun sudah punya wang sendiri pada usia muda," katanya.

Akui Fatimah, apa yang dikecapi Tomok hari ini adalah hasil usaha kerasnya selama ini. Usaha yang tidak pernah kenal erti lelah dan jemu, biarpun dugaan tidak pernah jemu menyapa sepanjang perjalanan itu.

Sebuah pesanan untuk anak kesayangannya, jangan melupai jasa mereka yang menyokong perjuangannya sepanjang di OIAM.

Disebabkan itu kata Fatimah, dia sentiasa berdoa semoga Tuhan tidak mengubah sikap anaknya serta dijauhi perkara yang boleh merosakkan nama baik mereka sekeluarga.

"Sampai sekarang saya tidak benarkan dia pulang lewat malam. Selagi dia tiada di rumah, selagi itu saya tidak akan melelapkan mata.

"Alhamdulillah, Tomok memang mendengar kata. Jarang dia membantah kerana dia tahu, apa yang kami lakukan ini untuk kebaikannya sendiri," katanya mengenai anak keempat daripada enam adik beradik itu.

Sepanjang Tomok menyertai OIAM, rutin kehidupan keluarga Fatimah juga mengalami perubahan. Dia tidak akan membiarkan Tomok berjuang sendirian, malah dirinya sentiasa hadir di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral untuk memberi sokongan.

"Ibu mana yang tidak mahu melihat anaknya berjaya? Sekuat mana pun saya mahu Tomok menang, saya tidak mampu menahan suratan yang ditakdirkan Tuhan. Ketika Tomok diumumkan hampir tersingkir, hati saya luluh.

"Sedih dan pedih kerana saya tahu dia bekerja keras untuk berada dalam Top 3. Alhamdulillah, semua itu hanya gimik kerana akhirnya Tomok layak juga bertanding.

"Kami sekeluarga berterima kasih kepada semua pihak yang melihat kelebihan serta kekuatan bakat Tomok. Jasa mereka tidak mampu kami balas dengan wang ringgit.

"Hanya ucapan terima kasih dapat diberikan kerana sokongan mereka meletakkan Tomok pada kedudukan sangat istimewa," katanya.

Selain Tomok, anak kedua Fatimah, Ismaliza Ismail atau Isma sedang berjuang dalam program realiti popular, Akademi Fantasia (AF) 7.

Kejayaan 'basuh' segala kritikan

MENITI 10 minggu yang penuh kejutan, Tomok sendiri tidak menyangka dia mampu bertahan hingga ke final dan menjulang gelaran juara.

Selama tempoh itu kata Tomok, dia sentiasa mengingatkan diri segala kemungkinan yang akan berlaku serta bersedia menerima jika ditakdirkan perjuangannya menemui noktah awal.

Kejayaan yang disifatkan anak kelahiran Kuala Lumpur itu sebagai membasuh segala kritikan serta serangan yang diterimanya apabila mengambil keputusan untuk menyertai program realiti itu.

"Saya kuatkan semangat, malah tidak mahu terlalu memikirkan kritikan negatif sebaliknya setiap minggu berusaha memperbaiki kelemahan.

"Hanya selepas membawakan lagu Crazy In Love, saya mendapat semangat dan kekuatan untuk terus berkarya apabila menerima pelbagai reaksi positif.

"Daripada situ saya memperoleh kepercayaan dan alhamdulillah, semua pengorbanan itu berbayar menerusi kemenangan ini," katanya terharu.

Meraih gelaran juara kata Tomok, mengubah drastik segala pandangan umum terhadap kemampuan dan bakatnya yang selama ini dipandang sebelah mata oleh sesetengah pihak.

Merendah diri kata Tomok yang pernah merakamkan enam album bersama New Boyz, dia bersyukur kerana kelahiran semulanya diterima positif peminat sekali gus memudahkan laluannya untuk bergerak solo.

Akuinya, kalau bukan kerana OIAM barangkali sukar untuk dia menepis tanggapan yang pernah dilemparkan kepada kumpulan yang terkenal dengan identiti 'lagu leleh' itu.

"Saya pernah lalui zaman sukar sebagai artis, justeru tidak sesekali menyangka akan mampu mendaki tahap ini. Segala pengalaman pahit dulu seakan terhapus dengan kemenangan ini," katanya.

Ketika nama masih panas, Tomok berharap dapat merealisasikan impian untuk memiliki album penuh dalam tiga bulan terdekat ini.

Ingin sekali bekerja dengan Aubrey Suwito dan Audi Mok, Tomok yang turut mengagumi kejayaan Faizal Tahir juga berharap akan dapat membawakan sentuhan penyanyi lelaki popular itu.

"Dia banyak memberikan inspirasi untuk persembahan saya sepanjang berada di OIAM, selain membuat rujukan daripada kumpulan popular antarabangsa seperti My Chemical Romance dan Muse.

"Alhamdulillah, ruang yang diberi OIAM terlalu luas untuk menyerlahkan kematangan saya dalam bermuzik. Inilah Tomok yang baru," katanya.

DETIK RASULLULLAH DIJEMPUT SAKARATUL MAUT

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap.

Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya didunia.

Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar.. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu..
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah. Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilLah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, " kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat Penghantar Wahyu itu.

"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.. "Ya Allah, dahsyat rasa maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku" - "Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.. "Ummatii, ummatii, ummatiii" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi… Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Karena sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.

Sumbangan : Man

DETIK RASULLULLAH DIJEMPUT SAKARATUL MAUT

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap.

Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya didunia.

Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar.. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu..
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah. Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilLah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, " kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat Penghantar Wahyu itu.

"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.. "Ya Allah, dahsyat rasa maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku" - "Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.. "Ummatii, ummatii, ummatiii" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi… Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Karena sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.

Sumbangan : Man

BERATNYA TANGGUNGJAWAB LELAKI

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke nerakaoleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu.

Mereka ialah:

1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik kene anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?..pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahanam.)

2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia?Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas...kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu....nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa...selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman Allah S.W.T;"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimanabahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu..."

Sumbangan : DinDi akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke nerakaoleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu.

Mereka ialah:

1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik kene anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?..pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahanam.)

2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia?Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas...kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu....nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa...selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman Allah S.W.T;"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimanabahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu..."

Sumbangan : Din
http://tmnjawiindah.blogspot.com/

PENGORBANAN

Siang belajar, malam keluarga
Oleh NOOR HASLIZA NUSI
hasliza.nusi@kosmo.com.my

Berkahwin, mempunyai anak dan belajar menjadi trend wanita masa kini. Bagaimanakah mereka membahagikan masa dan komitmen sebagai isteri, ibu dan seorang pelajar?



"BELAJAR membuatkan diri saya terasa muda." Begitulah luahan seorang ibu, Hizmawati Madzin yang memutuskan untuk menyambung pelajaran walaupun sudah berkeluarga.

Melanjutkan pengajian di peringkat Ph.D atau Doktor Falsafah dalam bidang sains pengkomputeran di Universiti Putra Malaysia (UPM), wanita berusia 29 tahun itu memberitahu, dia mengambil keputusan meneruskan pelajaran untuk meningkat profesionalisme diri.

Akuinya, ketika memulakan pengajian sebelum menimang cahaya mata, perjalanan hidupnya tidak langsung terganggu.

Bagaimanapun, dengan kehadiran seorang bayi lelaki bernama Muhamad Rayyan Mohd. Faizal, jadual hidupnya berubah dengan agak drastik.

Hizmawati mengakui agak stres dalam tempoh tiga bulan pertama menimang cahaya mata. Dugaannya semakin berat apabila ketika itu adalah tarikh akhir penghantaran beberapa bahan rujukan dan penerbitan.

"Tidak dinafikan, jadual pengurusan harian keluarga benar-benar berubah selepas saya dikurniakan cahaya mata, berbanding sebelum mempunyai anak.


HIZMA perlu membahagikan masa dengan sebaik-baiknya agar pelajaran dan kehidupan berkeluarga seimbang.

"Saya masih ingat lagi pada awal sesi pembelajaran, pulang sahaja dari kelas, saya sering menangis mengenangkan bebanan kerja yang harus dilakukan, apatah lagi kerja rumah yang harus dipikul.

"Saya mendirikan rumah tangga pada bulan Julai 2005 dan dikurniakan cahaya mata tiga tahun kemudian. Waktu itu, saya terpaksa mencari penyelesaian menguruskan masa untuk suami, anak dan juga pelajaran," katanya yang sebelum itu merupakan seorang tutor di UPM.

Sehubungan itu, wanita yang mesra dengan panggilan Hizma memperuntukkan masa siangnya di kelas manakala waktu malamnya pula akan diluangkan untuk suami dan anaknya. Malah, berbeza dengan pelajar lain yang bebas menelaah pada bila-bila masa, waktu ulang kaji wanita itu adalah di antara pukul 7 pagi hingga 9 pagi.

"Waktu itu biasanya Rayyan belum bangun dan saya mengambil peluang itu untuk menelaah pelajaran pada awal pagi," kata Hizma yang akan menghantar Rayyan untuk dijaga oleh ibu, di Kajang pada siang hari.

Kini usia Rayyan menginjak lapan bulan. Jadual harian Hizma kembali teratur selepas beliau sudah dapat membahagikan masa antara pembelajaran dan keluarga.


DARI kiri, Sheikh Aqil Hakimi, Siti Shafurah, Sheikh Ahmad Haiqal dan Siti Sofea Hana (dalam pangkuan).

Lantas tanggapan bahawa wanita berkeluarga tidak mempunyai peluang menghabiskan pelajaran, ditepis oleh ibu muda tersebut. "Itu sebenarnya psikologi semata-mata," katanya.

Lebih menarik lagi, Hizma bersyukur kerana walaupun dibebani tugasan yang banyak, dia masih berkesempatan memberi anaknya susu badan.

"Saya puas hati melihat Rayyan membesar dengan sihat dan saya dapat belajar dengan tenang.

"Menjadi ibu dan pada masa yang sama bergelar pelajar bukanlah satu perkara mudah, tetapi sokongan padu keluarga dan suami memberikan saya semangat untuk mencapai kejayaan cemerlang," jelasnya lega dengan apa yang dilakukannya kini.

Sementara itu, Siti Shafurah Abas, 27, turut menjelaskan bahawa hasratnya menyambung pelajaran dalam Ijazah Lanjutan Nutrisi Klinikal di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) adalah untuk mengubah kehidupan diri dan keluarga.

Dia memutuskan untuk berhenti kerja sebagai pegawai perundingan pemakanan di salah sebuah hospital kerajaan semata-mata ingin memenuhi impiannya itu.



"Siapa tidak ingin melihat keluarganya hidup senang dengan pendapatan yang tinggi, dapat membahagiakan suami dan anak-anak.

"Bagi saya, sampai bila kita hendak hidup sebegini sekiranya tiada perubahan dalam hidup. Kita seharusnya mempunyai perubahan dalam diri dan kerjaya agar suatu hari nanti kita dapat mencapai apa yang diingini.

"Belajar sememangnya memberi motivasi kepada diri saya. Tidak ada masalah bagi seseorang isteri yang bergelar ibu melanjutkan pelajaran. Mereka akan menjadi contoh kepada anak-anaknya suatu hari nanti," ujar ibu kepada dua orang cahaya mata iaitu Sheikh Aqil Hakimi Sheikh Ahmad Haiqal, 2, dan Siti Sofea Hana Sheikh Ahmad Haiqal, 8 bulan.

Sebagai seorang pelajar, ibu dan isteri, seseorang itu seharusnya bersikap tegas dalam hal melibatkan pengurusan masa.

"Disiplin diri adalah tonggak seseorang itu berjaya memperoleh sesuatu yang diimpikannya.

"Saya terpaksa bahagikan dua masa untuk belajar dan keluarga. Pada waktu pagi, saya menghabiskan masa di universiti, manakala pada waktu petang dan malam pula saya meluangkan masa bersama anak-anak dan suami," katanya sambil menjelaskan waktu menelaah bahan-bahan bacaan bermula dari pukul 12 tengah malam hingga 3 pagi.

Sumber: Kosmo Online

Saturday, January 24, 2009

DR. HM TUAH ISKANDAR al-HAJ

. "Motivasi ibarat mengayuh perahu, sebaik saja anda
berhenti anda akan hanyut."

. "Kita tidak boleh kecewa sangat dengan otak yang beku
tapi kita patut kecewa kalau kita tidak dapat mencairkannya.
Sebab setiap kali ia mula cair, jawapannya
kejayaan dan kecemerlangan kita."

. "Dengan menuntut ilmu,hidup kita bisa lebih meningkatkan
manfaatnya."

. "The world love the winner."

."Sesungguhnya pakaian semasa anda di bilik mandi itulah
yang patut dijaga sebab ia lebih berharga daripada sejuta
pakaian dari gedung terkemuka dunia."

."Apa yang kita usahakan itulah yang akan kita capai.
Apa yang kita tanam itulah nanti akan kita tuai.You do yau get."

."Hampir semua kegagalan disebabkan tersalah langkah.Salah
langkah bermula daripada tersalah fikir.
Tersalah fikir bermula daripada gagal mengenal diri."

Thursday, January 22, 2009

DR.SHUKARI ABDULLAH

* Hendak seribu daya, Mahu Seribu cara.

* Mahu atau tidak mahu?Kalau mahu, betul-betul mahu?

* Get positive friends, not negative friends

* Untuk mendapat yang terbaik, apa sahaja yang dilakukan,
saya mesti lakukan dengan bersungguh-sungguh dan sebaik
mungkin.

* Tidak ada manusia yang dengan sendiriny BODOH dan tidak
ada manusia yang dengan sendirinya CERDIK.

* Manusia yang cemerlangan fokus kepada kerja penting walaupun TIDAK
SERONOK.Sementara manusia yang lemah fokus kepada kerja seronok walaupun
tidak penting.

* Kecemerlangan, kesederhanaan, atau kegagalan adalah pilihan sendiri.

* Baik, lebih baik, paling baik.Berusahalah, janganlah berpeluk
tubuh sehingga yang baik menjadi lebih baik dan yang lebih baik menjadi paling
baik.

MAT REMPIT -USTAZ AKIL

SENAMAN